Wednesday, February 25, 2009

AGAR2 TEMBIKAI


Agar2 Tembikai Alaf 21
10 g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 camt esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau


Cara membuatnya
Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling rendah. Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh kental. Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter). Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau.

Campurkan dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit. Ambil 1/8 agar-agar panas lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai (antara kulit dan isi). Campurkan warna merah pada baki agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

*Resepi ubahsuaiku mengikut apa yg ada dan kesesuaian*

1 paket agar kering(37gm)

5-6 cawan air @ 1000-1200 ml

1 1/2 cawan gula(kita kurangkan)

bahan yg lain tetap sama

sedikit bijan hitam utk taburan atas agar2 merah

*actually ada 2 resepi lebih kurang sama cuma 1 btk tembikai(letak bijan) …1 lagi bentuk lapis2 biasa(di Kelate dikenali agar2 buih)…kedua2 kita cuba buat..sbb dpt 2 bekas*

No comments:

Post a Comment