Thursday, February 12, 2009

ASAM PEDAS IKAN PARI


ASAM PEDAS LADA HIDUP
1 kg ikan (saya gunakan ikan pari) -dibersihkan dan potong ikut suka
15 btg lada merah
10 btg cili padi kampung
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

10 btg sayur bendi (yg kecil)
1 btg terung (potong kecil)
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa atau 1/2 steh gula (optional)
minyak secukupnya (abt 1-2 senduk)

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan terung, bendi, air asam, garam & perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.


sumber: recipe dari Rozzan.blogspot


GRANDMA RECIPE : ASAM PEDAS

1 kg ikan (saya gunakan ikan pari) -dibersihkan dan potong ikut suka

Bahan dikisar:

15 btg cilli kering
10 btg cili padi(optional)
3 btg lada merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (diketuk dulu baru masukkan dalam blender)
1 inci kunyit hidup
3 btg serai
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan

Bahan Lain:

10 btg sayur bendi (yg kecil)
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan bendi, air asam, garam ,gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment