Wednesday, February 25, 2009

BUBUR TERIGU



Bagi sesiapa yg belum pernah lihat, inilah dia rupa terigu...

Nasiblah...tersalah pandang, nak cari beras barley untuk buat minuman, tetapi tersalah beli, terambil beras terigu..nak buat apa ya..tak pernah pun masak benda tu...mujur terjumpa di blog rozzan...bubur terigu..jadi saya pun 'upload' lah, insyaAllah nanti2 saya akan mencuba nye, al maklumlah..tak begitu minat..dengan juadah yang pakai santan..


Bahan A
200 gm beras terigu (dibersihkan)
3 cawan air
(rebus terigu bersama air sehingga lembut/empuk -kira-kira 30 minit)

Bahan B
300 ml santan pekat (dlm kotak)
300 ml air
50-60 gm gula melaka
50 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Setelah terigu empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.

'Dadih' Santan Pekat
100 ml santan pekat (dlm kotak)
30 ml air
secubit garam
Didihkan atas api kecil sehingga pekat sedikit.

Cara Menghidangkan Bubur Terigu
Sendukkan bubur ke dalam mangkuk dan siramkan ke atasnya dgn sedikit santan pekat tadi. Ini membuat bubur terasa lemak lagi.

No comments:

Post a Comment