Monday, February 23, 2009

DAGING BISTIK KICAP


Hidangan untuk 20 orang

Bahan-bahan:

Daging 2.5 kg (daging goreng)[direbus dengan hirisan halia dan bawang putih sehingga 3/4 masak dan ketepikan,air rebusan jangan dibuang- untuk masak kemudian]

160g rempah bistik
100g halia dikisar
230g bawang besar
140g tomato puri (1 tin besar atau 2 tin kecil)
340g kicap manis (1 botol kecil)
6 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
6 biji kentang (dibelah 6 dan digoreng dulu)
2 batang serai
40g bawang putih dikisar
1 jari kayu manis
6 cengkih
2 bunga pepkak
4 buah pelaga
3 biji bawang besar dihiris bulat2
1 st lada sulah/lada hitam (optiional)


Caranya:

1- Tumis kayu manis, cengkih, pelaga, pekkak dan 1 batang serai(dititk), hirisan bawang besar sehingga layu
2- Masukkan rempah yang dikisar-1 batang serai,bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sehingga wangi
3- Masukkan tomato puri, remaph bistik digaul rata
4- Masukkan air rebusan daging, daging dan kicap manis, gaul rata didihkan sebentar
5- Masukkan kentang yang dah digoreng dan tomato, gaul rata dan angkat untuk dihidang, boleh traburkan kacang pool untuk hiasan.

Bagi yang hidangan untuk 2 atau 4 orang makan :
1- 1kg daging
2- 1 sm rempah bistik
3- 2 cm halia
4- 1 bj bawang besar
5- 2 sm tomato puri
6- 3 sm kicap manis
7- 2 bj tomato
8- 2 bj kentang
9- 2 btg serai
10-3 bj bawang putih
1 kayu manis
2 cengkih
1 pekkak
2 buah pelaga
1 bj bawabg besar hiris bulat

Notes: dah dicuba, sangat enak rasanye, lebih2 lagi di makan bersama nasi jagung.
(resipi dari pesta perut,dari Puan Bedah Zahara)

No comments:

Post a Comment