Monday, February 9, 2009

IKAN CENCARU MASAK LEMAK CILI API


Bahan-Bahan
1 kg ikan cencaru (dibersihkan)
Bahan Kisar
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2-3 hiris halia*
12-15 batang lada padi hijau*
1 batang lada merah*
1 sudu teh kunyit serbuk
(Kisar semua bahan2 ini)

2 batang serai (dititik)2 sm lengkuas (dititik)
2 helai daun kunyit (potong lebar2)
sedikit daun limau purut
200 ml santan pekat dlm kotak
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menggoreng ikan & menumis bahan kisar

Cara:
Ikan dibersihkan dan digoreng sebentar. Angkat dan kupas sedikit kulit ikan tersebut terutama bahagian kulit yg “keras”. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar bersama serai dan lengkuas. Kemudian, masukkan daun kunyit dan daun limau. Tumis hingga garing dan bubuh sedikit air jika perlu.

Setelah itu, masukkan ikan dan santan pekat. Kacau rata dan bubuh garam dan gula. Masak sehingga kuahnya mendidih sebentar. Kepekatan kuahnya tergantung pada citarasa anda. Saya gemar kuahnya tidak terlalu cair.


sumber:http://rozzan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment