Thursday, February 5, 2009

IKAN GORENG SAMBAL




IKAN GORENG SAMBAL
Sumber: Fizan (FRD)

Bahan-bahannya (Untuk 2 orang)
2 ekor ikan kembung
8 tangkai lada merah# di blender kering/hancurkan
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih* *tumbuk bersama
1 biji bawang besar di potong bulat
air asam jawa
setengah inci belacan
garam
gula
sedikit air

Cara-caranya
1. Goreng dahulu ikan sehingga garing *ikan dilumur garam dan kunyit. Tos dan ketepikan.
2. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lada merah hancur tadi dan tumis sehingga masak. Masukkan bancuhan air asam jawa bersama belacan.Tumis sehingga naik bau.MAsukkan sedikit air. Masukkan bawang besar.
3. Letakkan garam dan gula.Rasakan...
4. Setelah masak, sambal tadi tuangkan di atas ikan goreng.
5. Siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment