Sunday, February 8, 2009

KEK COKLAT KUKUS(1)




Bahan-Bahannya:- ( guna acuan bulat berukuran 10 inci)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air suam*
1 camca teh nescafe*(*disatukan)

Cara membuatnya:-
Panaskan kukusan, lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, satukan bahan2 yang diayak bersama gula halus, gaul rata. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tuang bancuhan susu, air dan nescafe perlahan. Putar hingga semua bergaul mesra.
Akhir sekali masukkankan minyak jagung dan esen vanilla, putar hingga sebati dan gula hancur. Tuang dalam tin tadi dan kukus 1 jam. Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap jatuh atas kek...

KEK COKLAT KUKUS (2)

Kek Coklat Kukus
* this resepi mummy amik kat internet. terlupa la saper punya.. tp mummy adjust la sana sini sikit.

Bahan-bahan:
1 cwn serbuk koko (diayak)
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak ngn tepung)
1 sudu kecil baking powder (diayak dgn tepung)
3 biji telur

Topping:
coklat bar
whipping cream
sedikit butter (nk kasi kilat jer)
golden syrup (kalau ada)

Cara-cara:
koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak satukan dlm periuk. panaskan atas api kecil kacau hingga larut. ketepikan biar suam
ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder then ketepikan
panaskan air kukusan terlebih dulu
pukul telur sampai kembang
campor semua bahan koko, tepung & telur then kacau sampai ketul2 hilang. masukkan dlm loyang yg dah sapu butter & lapik ngn kertas minyak (A4 paper pon bleh tp taruk la butter skit atas dia) adunan mesti jgn lebih dr separuh loyang kang dia kembang
kukus selama 1 1/2 jam. tutup loyang ngn aliminum foil kang masuk air kukusan plak.
bila sejuk taruk toping.
buat toping = coklat bar cairkan guna kaedah double boiler. masukkan whipping cream ikut suka byk mana pastu tempek ker kat kek.

No comments:

Post a Comment