Monday, February 9, 2009

KEK LAPIS MUHIBBAH


Bahan-Bahan:
10 biji telur
500 gm mentega
½ sudu besar ovalette
100 gm horlick
1 tin susu manis
200 gm gula halus (saya kurangkan drpd sukatan asalnya 400 gm)
300 gm tepung Hong Kong
60 gm jem strawberry
pewarna merah
1 sudu teh esen strawberry (optional)
60 gm jem nenas
pewarna kuning
1 sudu teh esen nenas (optional)
60 gm jem orange
pewarna orange
1 sudu teh esen orange (optional)
1 sudu makan chocolate emulco
1 sudu besar koko serbuk

Cara:

1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang (kira-kira 5-6 minit).

2. Seterusnya, masukkan telur satu-persatu dan pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaul/kacau. Kalau gunakan mixer, dgn speed yg paling rendah.

4. Akhir sekali, masukkan tepung dan horlicks sedikit sedikit hingga habis sambil gaul rata dgn senduk atau gunakan mixer.

5. Bahagi adunan kepada 4 bahagian. 3 bahagian dgn sukatan 8 senduk adunan setiap satu. Yg 1 bahagian lagi mempunyai 12 senduk adunan.

6. Bubuh jem strawberry, nenas dan orange pada 3 bahagian ini beserta pewarna & esennya sekali. kacau rata. Yg 1 bahagian lagi dibubuh chocolate emulco & serbuk koko. Gaul/kacau rata.

7. Alaskan loyang 9"x6"x3" atau 8"x8"x3" dgn kertas tracing & griskan dgn sedikit mentega pada dasar dan keliling loyang. Panaskan ketuhar sebentar pada suhu 180 darjah sebelum anda membakar kek lapis ini.

8. Lapisan pertama -gunakan api atas + bawah, bubuh 2 senduk adunan cokelat dan bakar sehingga masak.

9. Lapisan kedua sehingga akhir, gunakan api grill jer dgn suhu kurang lebih 200-210 darjah (atau ikut suhu oven anda). Jumlah lapisannya sebanyak 18 lapis. Setiap lapisan memakan masa lebih kurang 5-7 minit.


Nota:
Anda boleh menyesuaikan kek ini dgn perisa dan pewarna yg anda suka.

sumber:http://rozzan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment