Sunday, February 8, 2009

NASI KURASH PILAU



NASI KURASH PILAU
Sumber: Buku Asmah Laili - Mintak Ampun Sedapnya

Bahan-bahannya
4 gayung atau ½ kilo beras basmathi ( cuci bersih, rendam ½ jam kemudian toskan)
100g gajus dibelah dua (goreng garing)
100g hirisan badam (goreng garing)
100g pistachio (goreng garing)
100g kacang peas
½ batang carrot dihiris
1 biji kentang yang besar dihiris
1 biji tomato dicincang
1 sm pes halia
1sm pes bawang putih
½ st kunyit serbuk
½ st garam masala/rempah beryani/rempah kari
½ sm serbuk cili
½ biji bawang besar dicincang
½ cawan hirisan daun ketumbar
100g kismis untuk hiasan
¼ cawan minyak sapi / minyak sayur
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapid an tumis bawang cincang sehingga garing. Masukkan pes halia dan bawang putih, tomato, kunyit, cili serbuk, garam masalla dan garam. Tumis sebentar hingga naik aromanya.
2. Masukkan carrot, kentang dan ¼ cawan air. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan daun ketumbar, gaul rata dan matikan api.
4. Didihkan air 3 kali ganda kuantiti beras. Tambahkan 2 st garam.
5. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi. Masak hingga beras ¾ masak. Tapis.
6. Masukkan ½ bahagian nasi kedalam periuk nasi, taburkan ½ bahagian kekacang+kismis, masukkan lauk yang telah dimasak tadi dan taburkan lebihan kekacang+kismis.
7. Akhir sekali masukkan lebihan ½ bahagian nasi dan masak lagi selama 15 minit.
8. Enak disajikan panas.

KAMBING HYDERABAD






KAMBING HYDERABAD
Sumber: Buku Asmah Laili - Mintak Ampun Sedapnya

Bahan-bahannya
1 kilo daging kambing/lembu (potong ikut suka hati)
3 biji bawang besar dihiris
2 sm pes bawang besar
1 sm pes halia
1 sm pes bawang putih
1 sm pes cili
1 sm pes tomato
1 sm serbuk ketumbar
1 sm rempah masalla kambing ( akak gunakan rempah beryani aje)
½ sm sebuk kunyit
2 biji tomato dibelah empat
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
½ cawan daun pudina
½ cawan daun ketumbar
2 cawan air
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
4 sm tairu

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan, kecuali tairu, kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga daging lembut. Tambah air selagi perlu.
2. Setelah daging lembut, masukkan tairu dan masak lagi sehingga kuahnya pekat dan naik minyak. Dikacau sekali-sekala supaya tak hangus.
3. Enak dimakan dengan nasi dan roti.

No comments:

Post a Comment