Monday, February 9, 2009

PUDING BATIK


Bahan
600 gm biskut manis Marie- dipatah2 dua
12 oz mentega
10 biji telur
5 oz gula pasir
10 oz air *
½ tin susu pekat *
3 oz Milo serbuk *
3 oz Nestum *
2 sudu makan serbuk koko *
1 sudu teh esen vanilla *
1 paket agar-agar serbuk *

Cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi.
Satukan bahan-bahan * di dalam periuk dan masak diatas api (sederhana) hingga mendidih. Masukkan bahan mentega/telur tadi dan kacau lagi hingga sebati dan mendidih sekali lagi. Kemudian, masukkan pula biskut Marie yg telah dipatah-patah dua dan kacau perlahan-lahan agar biskut tidak hancur. Tuangkan ke dalam loyang persegi empat yg telah dialas kertas tracing/kek dan disapu mentega. Perlahan-lahan tekan adunan ini hingga mampat. (Anda boleh menggunakan sejenis alat menekan kek lapis). Biarkan puding ini sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk didinginkan selama beberapa jam. Bila hendak dihidangkan, barulah keluarkan dari peti sejuk dan potonglah seperti anda memotong kepingan2 kek. Selebihnya, simpan semula di dalam peti sejuk.

sumber: http://rozzan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment