Saturday, February 7, 2009

SABSUKA



Ringkas dan mudah
Itulah sajian yang cukup sesuai disajikan kepada tetamu yang bertandang pada bila2
perayaan.

Bahan2

1/2 kg daging lembu cincang
6 biji telur ayam
4 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudumakan bawang putih- dicincang halus
2 suduteh halia - dicincang halus
1 mangkuk cili boh
2 sudumakan serbuk jintan halus
1/2 mangkuk sos tomato
2 sudumakan gula pasir
1 mangkuk tomato puri
2 sudumakan
sos cilli
2 biji tomato dipotong dadu
2 cawan air
1 sudumakan minyak sapi
serbuk lada hitam secukup rasa
dan daun ketumbar dan bawang goreng

Caranya:
1- Gaulkan daging, halia, bawang putih dan serbuk lada hitam dan ketepikan sebentar.

2- Tumiskan cili boh hingga garing, masukkan kayu manis, daging cincang yang telah diperap dengan bawang putih, halia dan lada hitam, biarkan sebentar sampai daging masak.

3- Kemudian masukkan bawang besar, tomato puri, sos tomato, sos cilli, jintan halus, dan air.

4- Apabila sudah agak kering sedikit, masukkan minyak sapi. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.

5- Goreng telur ayam di kuali berlainan (kalau boleh separuh masak). Satu biji telur untuk setiap pinggan sajian.
Enak dimakan panas dengan roti.

No comments:

Post a Comment