Thursday, February 12, 2009

SOTONG MASAK HITAM


SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan
1 kg sotong biasa atau sotong katak (lain mcm je bunyi nyer!)
-dibersihkan, potong ikut suka hati dan ambil dakwatnya.

20 tangkai cili kering (digunting2 dan direndam)
2 biji bawang besar (kalau yg kecil, gunakan 3 biji)
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit
sedikit belacan

*Kisar semua bahan di atas hingga halus

minyak secukupnya
sedikit garam

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
2) Masukkan sotong lalu dikacau-kacau. Bubuh sedikit garam dan biarkan kuahnya pekat sedikit. Biarkan ia mendidih sebentar sebelum diangkat utk dihidangkan.


GRANDMA RECIPE:SOTONG MASAK HITAM

Sotong 1 kg, bersihkan dan buang kulitnya dan diketepikan dulu
potong bulat2, dan ambil dakwatnya.

Bahan Untuk Tumis:

Bawang Besar- 1 biji- dihiris
Bawang Putih- 2 ulas dihiris
Serai - 1 batang dititik

Bahan Rempah untuk diblender:

Bawang Besar - 2 biji
Bwang Putih - 5 ulas
serai - 3 batang
kunyit hidup - 1 inci
ketumba - 3 sudu makan
jintan - 1/2 sudu teh
belacan - size 50 sen
lada kering - 5 tangkai
cili padi - 4 tangkai(optional)
lada merah - 4 tangkai

Bahan tambahan:

Santan - 3 sudumakan
Air Asam(pekat)- 2 sudumakan
Lada Hijau - 2 batang di patah dua
garam secukup rasa.

Caranya:

Panaskan kuali dan tumis serai titik, hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan semua bahan yang diblender, tumis sampai naik minyak dan wangi.

Masukkan dakwat hitam sotong, gaul sampai sebati dengan rempah.

Masukkan sotong , santan, air asam pekat dan lada hijau, gaul rata sehingga pekat sedikit masukkan garam secukup rasa, gaul rata barulah di hidangkan.

(hmm...rasa nye...cubalah kalau nak tahu...hehe..)

No comments:

Post a Comment