Wednesday, March 4, 2009

CHOC MOIST BROWNIES



CHOC MOIST BROWNIES
Sumber : Roz (Rnet) dari dapur Maklang Azie

Bahan-bahan:
1 ½ cup (185 gm) tepung serba guna
¼ cup (30 gm) serbuk koko
1 tsp baking powder
½ tsp soda bicarbonate
1 ½ cwn (205 gm) macadamia nuts, dicincang ( Rinn guna almond dan walnut )
125 gm butter
200 gm coklat masakan, dicincang
1 cup (250 gm) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cup (90 gm) krim masam (sour cream)..Rinn guna fresh milk jer...

Chocolate topping :
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)...Rinn guna fresh milk jer...

Cara-cara:
1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.




3. Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).


4. Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
5. Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.


6. Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.


7. Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.



8. Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).


9. Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
1. Cairkan coklat dengan cara double boiling. (pastikan air tidak termasuk ke dalam butter dan coklat).
2. Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
3. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
4. Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
5. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi: Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim

No comments:

Post a Comment