Wednesday, March 18, 2009

MEE HONG KONG


Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam atau dicelur dengan air panas supaya lembut
150gm udang
150gm sotong - dipotong bulat
150gm daging - dihiris nipis
1 ikat sawi - dipotong
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah

cara:

panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan betul2 masak
masukkan sos tiram dan gaulkan rata bersama garam dan serbuk perasa secukupnya
kemudian masukkan pula daging, sotong dan 1 cawan air
biarkan daging dan sotong masak
setelah itu masukkan udang dan biarkan sehingga masak
masukkan sawi dan gaulkan rata
akhir sekali masukkan mee hoon dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
angkat dan hidangkan dengan cili jeruk
note: kalau suka mee hoon yang agak basah bolehlah dilebihkan air dan sos tiram

No comments:

Post a Comment