Wednesday, March 18, 2009

Nasi minyak puteri saadong


Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan cili sos
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Bahan2 rempah tumis:
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:

panaskan minyak sapi
tumiskan rempah tumis bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu
masukkan cili sos, sos tomato dan air
gaulkan sebati
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama2 dengan daun pandan
biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan beras
kacau rata
kemudian masaklah seperti masak nasi biasa
taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi yang telah masak tadi
hidangkan bersama2 dengan lauk pauk
note: boleh dimasak dengan rice cooker selepas step 6

source: rossya

No comments:

Post a Comment