Wednesday, March 18, 2009

Nasi tomato berlauk


Bahan-bahan:
1kg ayam - dipotong kecil
1 sudu besar kicap cair
3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergantung pada jenis beras
3/4 cawan susu cair
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging/ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato - dicincang atau dipotong dadu kecil
2 sudu besar tomato puree
1/2 cawan kacang peas
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina - dihiris 2cm
3 tangkai daun ketumbar - dihiris 2cm
garam secukup rasa
bawang goreng - sebagai taburan

Bahan2 tumis:
3 sudu besar minyak sapi atau marjerin
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2cm halia - dimayang
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

cara:

lumurkan ayam dengan sedikit garam dan kicap cair
kemudian panggangkan di dalam oven sehingga masak (suhu dan masa bergantung pada oven masing2 lihat pada manual)
setelah ayam masak ketepikan
setelah itu panaskan minyak sapi atau marjerin di dalam periuk
masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
goreng sehingga wangi dan garing
kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan
kacau sebentar
masukkan rempah kari, rempah kurma, serbuk lada sulah dan kacau rata
setelah itu masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puree
kacau lagi dan bila mengelegak barulah dimasukkan beras
kacau sehingga sebati (bolehlah di ubahkan ke dalam rice cooker jika suka dan masak seperti biasa) dan masak nasi seperti biasa
apabila nasi hampir2 masak bolehlah dimasukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, kacang peas dan ayam
tutupkan semula periuk dan biarkan nasi sehingga masak
setelah itu bolehlah digaulkan nasi perlahan2 sehingga rata
bolehlah diangkat dan ditaburkan dengan sedikit bawang goreng
hidangkan bersama2 dengan dalca dan lauk pauk yang lain
source: noormasri

No comments:

Post a Comment