Saturday, March 7, 2009

Siakap kukus

































Siakap Enak (A)

Masakan yang sesuai untuk ibu dalam pantang.
1 camt asam jawa + 200 ml air
1 labu bawang besar, dadu
4 cm halia, hiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
2 camt serbuk jintan putih
1 camt lada hitam, tumbuk kasar
1 camt rempah kari ikan
sed. hirisan daun ketumbar
1 ekor siakap, perap dengan garam, kukus hingga masak

Jerang semua bahan kecuali ikan dan daun ketumbar hingga mendidih dan kuahnya agak pekat. Bila hendak menghidang, letak ikan dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Taburkan daun ketumbar.

Ikan siakap kukus (B)

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

IKAN SIAKAP KUKUS (C)

Bahan2nya

- seekor ikan siakap(sederhana besar)
- 2 batang serai dititik
- satu inci halia dipotong halus
- daun bawang, sup
- sebiji bawang besar dihiris bulat
- cili besar(belah dua)
- 3 biji belimbing buluh (di belah 2)
- gula,garam (secukup rasa)
- serbuk kunyit (secukup rasa)
- 1 sudu sos tiram
- 1/2 sudu miyak bijan

caranya;

1. ikan dibersihkan dan dikelar2
2. lumurkan dengan sebuk kunyit & garam dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai dan tahan panas).
2. taburkan ikan dgn lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang daun sup dan belimbing buluh.
4. campurkan garam, gula dan sos tiram & minyak bijan dan tuang diatas ikan
5. kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

kalau nak rasa pedas sikit, tukarkan cili merah dengan cili api.
ikan kukus ni sedap jugak kalau di cicah dengan kicap + bawang merah kecik (yg di mayang nipis) + cili api!

Siakap Kukus 'Express' (D)

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan
1 ½ inci halia - hiris
2 batang serai - belah dua dan kerat 1 inci panjang
1 labu bawang besar - hiris sederhana tebal
2 biji tomato - belah 4
1 ketul kiub ayam maggi
1 pokok daun bawang & daun sup - potong 1 inci 3 ulas bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
10 biji cili api - belah dua
1 keping asam keping
garam
air
Cara:
Gaulkan kiub ayam maggi dan garam keseluruh ikan - letak dalam mangkuk

Susun/taburkan bahan hirisan ke atas & keliling ikan - bawang merah, putih, cili, bawang besar, halia, serai, asam keping.

Tambahkan sedikit air.

Masukkan ke dalam microwave oven dan masak selama 10 minit.

Keluarkan dan taburkan pula tomato dan daun bawang.

Masukkan semula ke dalam micro wave oven dan masak selama 5 - 10 minit.

Sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan dengan nasi ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment