Monday, April 6, 2009

Kek Lapis Aiskrim Strawberry

(sumber : Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna)
Bahan A
24 biji kuning telur
450 gm mentega
5 biji putih telur
280 gm gula halus
80 gm tepung naik sendiri
sedikit pewarna merah/kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu)
150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) – lembutkan
130 gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan)
loyang pembakar (10” x 7”)- alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega

Cara:
Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata.

Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api ‘grill’ dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kira-kira 8-10 minit).

No comments:

Post a Comment