Monday, April 6, 2009

KEK LAPIS HOLIDAY INN

oleh Rozzan
Bahan-Bahan A
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm tepung Hong Kong
250 gm gula halus (saya gunakan 220 gm)
1 sudu makan ovalette

Bahan-Bahan B
300 gm mentega
4 sudu besar susu pekat manis
75 gm susu tepung
1 botol kecil jem nenas (saya gunakan 200 gm)

pewarna makanan hijau, kuning dan merah

Cara:


1. Pukul Bahan A hingga kembang (kira-kira 8-10 minit).

2. Pukul Bahan B hingga sebati (kira-kira 5 minit).

3. Kemudian campurkan Bahan A dan Bahan B lalu gaul hingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Gunakan loyang berukuran 8 x 8 x 3½ inci. Lapiskan warna hijau, kuning, merah dan warna asal dgn setiap lapisan empat sudu makan adunan.

5. Ulangi proses ini hingga habis.



Nota:
Saya bahagikan adunan kpd 4 bahagian dgn setiap bahagian mengandungi 8 senduk adunan (senduk bujur yg biasa saya gunakan utk membuat kek lapis). Setiap lapisan saya gunakan 2 senduk; 1 warna dapat 4 lapisan. So, keseluruhannya, 16 lapisan. Saya gunakan loyang berukuran 9" x 6" x 3"

No comments:

Post a Comment