Thursday, April 2, 2009

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES




SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Sumber : Lizcookies @ maklang's

Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.

P.S.
Oleh kerana tidak bercadang untuk menghias kek ini dengan icing atau buttercream, maka semasa hendak membakarnya telah mengisi lebih sedikit dari 3/4 penuh paper soufller tu. Biar nampak penuh nanti. Sekadar menabur sedikit choc chips dan almond nibs. Kepada sesiapa yang bercadang nak menghiasnya, isikan adunan separuh penuh ya supaya masih ada ruang di bahagian atas untuk melepa icing atau buttercream.
Kek coklat ini lembut dan sedap. Sesuai dimakan begitu saja

No comments:

Post a Comment