Sunday, May 31, 2009

Mee

Mee Goreng Basah


Biasanya maklang kalau goreng mee ni, maklang gunakan perencah untuk nak goreng sayur. Memang dari masa maklang kecik2, Wan memang selalu siapkan perencah sayur banyak2. Sebab Wan bekerja, jadik senang kalau perencah dah siap. Main ceduk2 then tumis and terus goreng apa yang kita nak.

Bahan perencahnya seperti berikut:


5 ulas lada merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci persegi belacan
1 sudu kecil udang kering
1 sudu kecik ikan bilis

Kesemua bahan di atas, di blend jangan terlalu halus.

Untuk menggoreng mee, maklang tambahkan bahan2 berikut.

1/2 kg mee kuning yang di cuci. Lebih elok kalau direndam sebentar dalam air panas untuk membuang kapurnya
300 gm daging, dihiris nipis dan di rebus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut
3 susu besar tomato sos
1-2 sudu besar tomato sos
1sudu besar kicap masin
sedikit garam dan gula
1 mangkuk taugeh dan 2 ikat kucai dipotong 1 inci panjang ( boleh juga letakkan sawi atau carrot yang di hiris panjang)


Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar di dalam minyak panas.
2. Apabila gareng, masukkan daging dan sedikit airnya.
3. Masukkan tomato dan kicap masin serta gula. Kacau rata.
4. Masukkan mee dan kacau lagi.
5. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Boleh jugak di masukkan hirisan tomato buah sekiranya suka.
6. Angkat dan hidangkan. Sedap di makan dengan hirisan lada dan perahan air limau kasturi dan bawang goreng.

Kuew Teow Goreng







Kita goreng kuey teow pulak. Resepi ni memang selalu digunakan. Main hemtam aje. Biasalah...yang anak2 suka , tu yang maklang masak. Suami pun suka tau...he..he..

2 packet kuew teow. Seeloknya kuew teow tu di pisah2kan supaya senang utuk di gaul dengan bumbunya....
15 ekor udang dibuang kepala dan dibersihkan ( Boleh juga digantikan dengan 1/2 tube daging kisar yang dibersihkan dan di toskan)

Bahang untuk di tumbuk/ kisar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar lada kering
sedikit belacan

2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar tomato sos

1/2 kg taugeh dibersihkan
2 ikat daun kucai dipotong 1 inci panjang

2 biji telur

Sedikit minyak untuk menumis.

Caranya:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang di kisar dan di goreng sehingga gareng.

2. Masukkan udang. Goreng sebentar. Sekiranya menggunakan daging, goreng sehingga air daging kering. Masukkan tomato sos dan goreng lagi.

3. Masukkan kuew teow berserta kicap mee dan sedikit garam secukup rasa. Masukkan juga taugeh dan kucai. Kacau cepat2 sebab kuew teow kalau terlalu lembik tak sedap.

4. Di kuali lain, pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur. Jangan lupa letakkan sedikit garam. Angkat dan gaulkan ke dalam kuew teow. Angkat dan makan masa panas...Sedap....:)


Mee Soup Ayam







BAHAN KUAH :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 paket bebola ikan cap mushroom
3 batang fish cake cap mushroom
Ditumbuk halus:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 camca besar serbuk lada sulah
2 inci halia
4 pokok sawi dipotong dan dicelur
2 batang karot di hiris jangan terlalu nipis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN LAIN :-)
Mee hoon secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Hirisan cili jika mahu
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air dah kemudian masukkan ayam dan bebola ikan berserta fish cake.
3. Masukkan karot.
4. Masukkan bahan2 lain dan didihkan.
5. Mee hoon yang dicelur tadi dicampurkan dengan kuah sup yang panas berserta sawi. Sedap dimakan dengan kicap dan cili. Jangan letak banyak2..kang menangis macam maklang..he..he..

MeeBakso


Untuk kuah:
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 -3 sdt lada putih serbuk
sedikit garam

1.Rebus air secukupnya bersama bawang putih dan lada putih serta garam.

2. Masukkan bakso.

Untuk membuat bakso.

Sepacket daging cincang. dicuci dan ditoskan
2-3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2-3 sdt lada putih sedikit tepung sagu untuk melekatkan campuran daging

Caranya:

1. Semua bahan digaul rata dan dibulat2kan dan direbus bersama air rebusan di atas.
Bahan2 lain untuk menjadikan bakso:

mee hoon dicelur dan ditoskan.
Sosnya boleh guna sos thai
bawang goreng
Kobis yang dihiris halus






(http://daridapurmaklang.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment