Sunday, May 31, 2009

NASI GORENG CINA



Nasi Goreng Cina (style kita la...)

2 pinggan nasi sejuk - leraikan
2 ulas bawang putih - crushed and chopped
5 biji cili api - crushed
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan sayur campur (kita bubuh carrot jer)
2 butir telur
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton

Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Gorengkan ikan bilis sebentar, ketepikan. Masukkan bawang putih dan cili api, goreng hingga sedikit kekuningan. Kemudian gaulkan sekali dengan ikan bilis tadi. Masukkan sekali sayur campur, gaul rata dan goreng sebentar.

Pecahkan telur ke dalam bahan goreng dan kacau rata sepenuhnya. Masukkan nasi dan gaul sehingga semua bahan bercampur sekata. Taburkan garam. Goreng hingga nasi agak ringan. Sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng jika suka.
(http://cookerypot.blogspot.com/2009/02/nasi-goreng-cina.html)

No comments:

Post a Comment