Monday, June 8, 2009

Butter Prawn



Mmg sedap dan menyelerakan resipi ni....butter prawn ada banyak versi juga...ini salah satu dr resipi butter prawn yg x kurang sedapnya...sbb ada aroma lada hitam dan daun kari...mmg menepati selera...udang pun terasa lemak dan garing....resipi ni ambil dari dapurRinnchan fp....
resipi asal dr Jeni...terima kasih kedua2nya..kerana share resipi ni....

BUTTER PRAWN @Jeni

Bahan A
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter
1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya. Gaul rata bahan C. Ketepikan. Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali. Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi. Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

No comments:

Post a Comment