Thursday, August 27, 2009

AIR KATHIRA

AIR KATIRA POWER
for everyone

BAHAN2NYA

1 cawan kurma yang lembut (buang biji dan kisar halus)

1cawam buah kabong ( 1/2 dikisar 1/2 dipotong halus)

1cawan katira (DIRENDAM DAHULU)

1 kotak susu cair (susu pekat pun boleh jika suka)

1cawan gula pasir atau ikut suka

1cawan badam(direndam buang kulit dan dikisar)

1 sudu teh essen rose atau essen pandan

CARANYA......

Badam kisar dimasak dengan gula hingga sebati,kemudian masukkan susu cair dan air sedikit biar mendidih sekejap, masukkan kurma kisar,kabong dan katira akhir sekali masukkan essen rose padam api, Sejukkan diminum dengan air batu,bagus untuk berbuka puasa.

sumber:zizkadir.multiply.com






(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)
-sumber resipi : Puan Zarina Ibrahim


BAHAN-BAHANNYA:

Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar


CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan
ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina



Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

No comments:

Post a Comment