Bahan-bahan:
500gm ubi kentang
250gm tepung gandum
350gm gula pasir
3 biji telur
550ml santan pekat
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning

cara:

  • ubi kentang di rebus dan dilecek sehingga halus
  • kemudian sejukkan
  • satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
  • boleh jugak di kisar di dalam food processor
  • tapiskan dan tuangkan ke dalam acuan kuih bakar atau loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak
  • bakar pada suhu 200C selama 40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan

source: bro rozzan