Thursday, August 13, 2009

TART CREAM CHEESE





KUIH TART CREAM CHEESE
(sumber : Puan Asmah Laili, Foto: Buku ALMAS)

BAHAN
300 gram mentega chap tong
250 gram cream cheese
600 gram Top flour diayak
1 sudu makan vanilla flavour
1 sudu makan gula caster
Garam secukup rasa
Jem Nenas
Beberapa piring kuih tart
Penyepit tart

JEM NENAS
2 biji nenas mengkal dan kuning
450 gram gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih

Cara:

Pukul mentega dan cream cheese. Masukkan gula, garam dan vanilla. Pukul lagi sehingga kembang. Gaulkan dengan tepung sedikit sedikit dengan jejari, sehingga mendapat doh yang lembut. Jika dohnya terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung dan uli sehingga cantik dan lembut. Perap sebentar, tutup dengan tuala lembab.

Ambil sedikit doh dan giling setebal 1 cm. Terap sebesar piring kuih tart. Masukkan kedalam piring tart dan kelim kelilingnya. Isikan tengahnya dengan bebola nenas dan ratakan. Hias dengan dedaun doh. Atur dalam tin pembakar dan bakarlah sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.

CARA MEMBUAT JEM NENAS

Parut kasar nenas. Tapis dan tekan tekan supaya banyak jusnya dapat mengalir keluar. Jangan diperah. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga nenasnya kering sedikit. Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering
sedikit baru matikan api dan sejukkan. Setelah itu buatlah bebola untuk inti kuih tart.

No comments:

Post a Comment