Friday, September 11, 2009

Biskut Rapuh Badam/CRUNCHY ALMOND COOKIES





Bahan-bahan

125 gram mentega
1/3 cawan gula kastor
1 camca teh esen badam
1 biji kuning telur
3/4 cawan tepung gandum (ayak)
1/4 cawan tepung beras (ayak)
1/2 cawan tepung berserbuk penaik (ayak)
60 gram kacang badam tanpa kulit ari

Cara

1. Pukul mentega dan gula kastor dalam mangkuk hingga ringan dan kembang. Tambah esen badam dan kuning telur, pukul hingga sebati.

2. Masukkan semua tepung hingga menjadi doh yang padat.

3. Gelek menjadikannya seperti bentuk balak, bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 30 minit.

4. Potong doh menjadi kepingan bulat berukuran 3 mm. Letak atas dulang yang disapu minyak, jarakkan untuk memberi ruang apabila biskut mengembang. Tekan sebiji badam di atas setiap biskut.

5. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 minit. Sejukkan atas loyang selama dua hingga tiga minit.

6. Alih biskut ke atas redai untuk disejukkan sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.


IN ENGLISH:

Ingredients:

125 g Butter
1/3 cup castor sugar
1 teaspoon almond essence
1 egg yolk
3/4 c up flour (sifted)
1/4 cup rice flour (sifted)
1/2 cup self raising flour (sifted)
60 g almond nuts without the skin

Instruction:

1. Blend butter and sugar in a bowl till light and fluffy. Add in almond essence and egg yolk mix well

2. Add in flour mix well

3. knead the dough and wrap in plastic to be kept in the chiller for 30 mins

4. cut the dough in round shape of 3mm. Placed it on the greased tray and lined them not too close and place one almond nut on each cookies.

5. Bake at 180 degrees celcius for 12 mins and let the cookies cool in the tray for 3 mins

6. Cool the cookies on the racks before keep for storage.



source:Cyberita/berita harian/10sept09

No comments:

Post a Comment