Tuesday, September 15, 2009

Parpu corn flakes(Cornflakes daun kari)


parpu corn flakes, lain dari yang lain. Resepi oleh chef Ismail (Festive Fiesta 2004).

Bahan-bahan A:
10 ulas bawang putih dicincang kasar
10 biji cili kering, dipotong sepanjang 2 cm
1 sdb biji sawi
1 cm halia, dimayang halus
2 paket bijian rempah campur
satu tangkai daun kari
4 sdk serbuk pati ayam maggi

1 kotak cornflakes (330g).

Cara membuatnya:
Basuh dan tuskan 200g dhal kuning yang telah direndam semalaman. Panaskan minyak dan goreng dhal sehingga kekuningan. Keluarkan dari minyak, tuskan dan ketepikan. Panaskan 3 sudu besar minyak dan goreng bahan-bahan A hingga wangi. Masukkan serbuk pati ayam maggi dan kacau rata. Ketepikan dan sejukkan. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Simpan dalam bekas kedap udara.

source:1001recipes

No comments:

Post a Comment