Tuesday, September 15, 2009

Rendang Ayam

Rendang Pedas Opah




Bahan-bahan
1 ayam, potong 16
3 sdb rempah rendang
6 sdb cili boh
1 sdb serbuk kunyit
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
5 - 10 biji cili padi
4 sdb kerisik
1 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
Bunga lawang
cengkih
air asam jawa
garam dan gula

Cara Membuat
1) Blender bawang besar, serai, halia, lengkuas, cili padi dan perapkan dengan ayam bersama cili boh dan rempah rendang selama sejam.
2) Masukkan ayam kedalam kuali besar dan campurkan lain-lain bahan kecuali santan, kerisik serta daun kunyit dan daun limau.
3) Masak atas api sederhana selama 20 minit atau sehingga air kering. Tambah sedikit air asam jawa.
4) Masukkan santan, kerisik dan lain-lain bahan
5) Rasa garam dan gula dan masak lagi selama 10 minit. sehingga rendang sedikit pekat.


source:1001resepi

No comments:

Post a Comment