Thursday, September 10, 2009

WADEH UDANG

WADEH UDANG





Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam yg telah dibuang kulit(rendam 1 malam)
300 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)-optional
1 sudu teh (paras) soda bicarbonate atau 1 sudu makan yeast
200 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau
1 cm halia
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya

Peraturannya :
Kisar halia dan 2 batang lada hijau dengan sedikit air. Masukkan kacang dhal dan kisar terus sehingga halus. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan bahan lain seperti bawang besar dadu, daun kari, yeast, garam dan serbuk lada hitam. Adun sehingga rata semuanya.Perapkan adunan ini selama 3 jam. Adunan memang lembik sedikit. Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau
.



No comments:

Post a Comment