Wednesday, October 28, 2009

Ikan Keli Berlado











BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan keli sederhana besar

1/2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 1/2 cawan minyak


BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:

4 tangkai cili merah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 keping kecil asam gelugur

Gula dan garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1) Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit.

2) Goreng ikan hingga separuh garing. Ketepikan.

3) Tinggalkan tiga sudu besar minyak bekas menggoreng ikan dan tumis

bahan-bahan tumbuk hingga masak.

4) Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal di atasnya.

sumber:sajionline.com.my

No comments:

Post a Comment