Tuesday, July 6, 2010

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

This recipe going to be my new try,hope it will be successful.:)
Thanks Rozzan in advance & kind enuf to share this recipe,may God bless you!

Sumber : Majalah Saji, April 2003
Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.

Cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).

2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).

3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.

4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)

5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya 
bahagikan kpd 3 bahagian- merahhijau dan jingga (oren). 

6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).

7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan.Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.

8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula. 

9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.

10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.


Nota: 
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.






(2)

KEK LAPIS BATIK SUTERA(Improvised)



Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus (saya gunakan 180 gm jer)10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)

Cara :Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Cara anda membuat design kat kek ni tergantung dgn kreativiti anda. Yang saya buat kali ini ialah:

3 lapisan plain+5 lapisan warna+3 lapisan plain+5 lapisan warna + 3 lapisan plain.

1 lapis gunakan 2 senduk lauk (bentuk bujur), so jumlah bahan/adunan kek lebih kurang 38 senduk kesemuanya. Jadi bahagikan adunan mengikut sukatan senduk tadi.

Cara:
Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 8"x8". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.

Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan sehingga 3 lapis kesemuanya. Adunan untuk yg berwarna; yg jumlahnya 20 senduk tu di bahagi 3 bahagian dan warnakan dgn 3 warna pilihan anda.

Setelah itu bakar 5 lapis adunan berwarna, diikuti dgn 3 lapisan plain, 5 lapisan berwarna dan akhir sekali 3 lapisan plain.


P.S.--masukkan adunan dalam botol sos dan picit jer berselang-seli dgn beberapa warna. Nak cuba gunakan pewarna biru but.... in the end the blue not so nice laa. To me mcm gawdy sket. Anyway, here's the pic and recipe once more yaa.

No comments:

Post a Comment