Wednesday, February 23, 2011

Ikan Masak Tiga Rasa( 3 Flavoured Fish)

well, this recipes has won many praised  and I'm yet to try it,probably this week, bought most of the ingredients but found few variations  of cooking it.Ok lets shoot!
(sorry its in Malay,mb will translate later)sorry peeps,you just use google translate ehh...

Okay,had tried this recipe but with another variation but tasted just as good..my daugh gave the compliments hehe..(I'm not 'masuk bakul angkat sendiri' Malay version of self praised la..)
This recipe was shared with FB frens though,just simple, diced red,green and chilli padi,onions and put aside, marinate fish with salt,tumeric and add some flour (cornflour or any) fried till golden brown and put aside,blender ginger and garlic,chilli(optional).Fry blendered ingredients and diced ingredients till fragrant and add in oyster sauce,fish sauce,chilli sauce,tomato sauce mixed well ( can add a bit water if its too dry) Lastly  pour the gravy over the fish,done!



(A)Kerapu Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

 sunkist @myresipi.com/top/detail/5685

(B)Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak: 
 
  1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
  3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
  4. Tuang atas ikan
@alhelmi.tripod.com


[100314_113917.jpg]
(C)
IKAN MASAK 3 RASA ALA THAI
Bahan-bahan:
1 ekor ikan sedang besar
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dipotong kiub
2 biji cili merah - dihiris halus
2 cili benggala - dipotong kiub
3 camb sos tomato
2 camb plum sauce
3 camb sos cili Thai
1-2 camt kicap atau sos ikan150ml air
1 camt tepung jagung dicampur dengan - bahan pemekat1 camb air
bahan pemekat1 camt jus limau nipis
hirisan cili padi
minyak untuk menggoreng
gula & garam secukup rasa
hirisan daun ketumbar - jika suka ( namapun ala thai kan )
Siti tambah untuk taburan - timun n tomato
Directions:perap ikan dengan tepung jagung, putih telur dan garam selama 30 min goreng ikan dlm minyak panas hingga garing dan masak.
kalau boleh dengan minyak terendam, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi masukkan semua bahan lain kecuali bahan pemekat, bila kuah mendidih, baru masukkan campuran pemekat n kacau rata hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ikan

@dapur-siti.blogspot.com 

(D)
Sumber asal resepi ialah daripada buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan bawal ataupun siakap (saya gunakan 2 ekor ikan siakap)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia  - dihiris

Bahan B (Untuk Sos) :
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (belah 4)

Cara-cara :
  1. Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang telah dihris hingga kekuning2an.
  3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  5. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
    @rossitamz-kitchen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment