Tuesday, July 19, 2011

BAMIAH ARAB DENGAN ROTI RENJIS



1 ekor ayam (abt 1.2 to 1.4 kg) atau 1 kg daging
150 gm minyak sapi
100 ml susu cair (evap milk)
20 biji badam/gajus (kisar halus)
6 sudu makan jintan kasar*
1 sudu makan jintan halus*
1 sudu teh lada putih*
10 ulas bawang kecil*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
3 sudu makan sos tomato
500 gm bendir
4 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji tomato buah (potong 2)
2 biji kentang (potong wedges)
3 cawan air (atau secukupnya)
garam secukup rasa
secukup daun ketumbar, sedikit bawang goreng utk tabur

Cara

Bersihkan ayam dan potong 8 atau 12. Kisar bahan-bahan *
Kacang bendir dibersihkan dan potong 2 jika besar. (Saya suka pilih yg kecil, takpayah potong, setakat belah 2 jgn putus).
Ambil sedikit minyak sapi, panaskan dan tumis bawang dadu tadi. (Lebihan minyak sapi digunakan utk menggoreng bendir, kentang). Masukkan rempah kisar dan kacau hingga bawang layu. Masukkan ayam, air, garam dan badam kisar. Bila ayam hampir masak, masukkan pula susu cair dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih dan ayam empuk. Kacau lagi lalu masukkan bendir, kentang, buah tomato dan daun ketumbar. Kecilkan api dan biarkan selama 5 minit baru diangkat.

Nota:
Sesuai juga dimakan dgn roti biasa atau roti perancis.
Sebaik2nya, jintan2 di sangai dulu sebelum dikisar.
Kalau yg health-concious, tukarkan minyak sapi dgn minyak seperti minyak soya/canola dan pilihlah susu cair yg rendah lemak..


Roti Kirai/Renjis/Jala
1 kg tepung gandum
300 ml susu cair
950 ml air
3 biji telur
3 sudu teh garam (atau ikut rasa)
sedikit pewarna kuning

Cara

Semua bahan disatukan, kacau rata2 lalu ditapis.
Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit dan mulalah "merenjis' atau 'mengirai'. Sesekali sapukan minyak atas kuali tadi. Ambil dua keping roti renjis ini, tangkupkan dan lipat.
(Boleh menghasilkan kira-kira 30 - 32 keping)

p.s.one of my fav,hmm tq rozzan for sharing
@rozzan blogspot

No comments:

Post a Comment