Sunday, September 11, 2011

KEK MARBLE KEJU CHEDDAR

must try this one...salivating...wahhh yummy...















Kek Marble Keju Cheddar

Bahan-Bahan
8 biji telur -saiz besar (gunakan 6 putih telur saja)
250 gm mentega
250g gula kaster
220g tepung kek
100 gm keju cheddar (diparut halus)
30 gm kacang hazel (cincang halus)-optional
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh chocolate paste/emulco (optional)

Cara:1) Cairkan mentega dgn kaedah double-boiling. Sejukkan.
2) Ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan ke dalam mangkuk pemukul telur (mixer). Kemudian masukkan telur, gula dan ovalette. Pukul selama kira-kira 8-10 minit dgn high speed.
3) Masukkan pula esen vanilla dan seterusnya mentega cair dituang sedikit2 sambil adunan ini dikacau rata-rata. Akhir sekali masukkan keju dan kacang hazel. Kacau hingga sebati.
4) Ambil 2-3 senduk besar adunan dan campurkan bersama serbuk koko dan chocolate paste tadi lalu dikacau rata.
5) Tuang adunan plain ke dalam loyang 10"x7" yg telah dialas kertas dan digris. Kemudian ambil adunan cokelat dan bubuh sesudu sesudu di atas adunan plain tadi. Setelah itu, gunakan chopsticks untuk melorekkan corak/pattern pada kek ni.
6) Bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 50 minit dengan suhu 170-180 darjah Celsius.
7) Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 10 minit sebelum kek dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai kek.

No comments:

Post a Comment