Saturday, September 17, 2011

MEE BAKSO

one of my fav,btw this week towards end of sept will mee seasons...tq RSR



Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur sebentar)

secukup sayur kobis (dihiris)
secukup sayur sawi (disiang & potong ikut suka)
secukup lobak merah (dihiris)
(Kesemua sayur dicelur sebentar)

Bahan Sup/Stok
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah }
4-5 ulas bawang putih }
2 cm halia }.....ditumbuk/kisar
1 ibu jari lengkuas (titik)
1 btg serai (titik)
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
1 kotak kiub pati daging lembu
2 liter air
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis

500 gm bebola daging lembu

Cara:1) Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga garing.

2) Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub tu larut. Kemudian bubuh lada hitam/putih & garam. Biarkan sehingga kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee BaksoBubuh mee ke dalam sebuah mangkuk. Bubuh sedikit kobis, sawi & lobak merah. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola-bebola daging. Akhir sekali, taburkan bawang goreng ke atasnya. Mee ini enak dihidangkan dgn sambal cili padi.

Sambal Cili Padi (sukatan agak2 jer)
1 peket cili padi
3-4 ulas bawang putih
kicap manis
garam, gula, cuka (atau jus limau kasturi)

*Tumbuk cili padi bersama bawang putih. masukkan kicap manis, garam, gula dan cuka. Sesuaikan rasanya.

Nota:
1) Anda boleh juga gantikan mee kuning dgn bee hoon.
2) Saya campurkan sos tomato dgn sos cili dan bubuh sedikit ke dalam hidangan mee bakso tu.

No comments:

Post a Comment