Sunday, September 11, 2011

ORANGE BUTTER CAKE



Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahannya
200 gram tepung (saya gunakan cake flour)
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
(saya gunakan 1 sudu mkn orange juice concentrate SUNQUICK + 1 st vanilli)
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya

1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga pekat, gebu dan rata-tidak berbintil-bintil.

2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga kembang & pekat (kira-kira 5-7 minit). Kemudian masukkan vanilli, orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau rata.

3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter/tepung dan adun hingga rata dan sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang 8” dan bakar dalam 40 - 50 minit pada suhu 170’C.

Anda juga boleh membakar kek ini dgn menggunakan acuan cupcakes.

No comments:

Post a Comment