Sunday, October 23, 2011

Kek Gulung Kasih




versi CT
Sumber dari Dayang Jack

Bahan-bahan :
70 gm tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning (CT guna kale biru, pink dan kuning)
CT letak jem blueberry - nak letak jem lain pun bole juga.

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

versi Mat Gebu :
P1270354

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna violet
Jem blueberry secukupnya (mat guna jenama SMUCKERS, jenis tanpa gula)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 7 inci x 10 ini, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna violet tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan.
  4. Lorekkan garisan tadi, secara berlawanan. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem blueberry rata2. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

No comments:

Post a Comment