Monday, May 14, 2012

Ayam Rica Rica

 

 
Ayam Rica Rica (Masakan Manado, Indonesia)
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan :
1 ekor ayam sederhana, potong ikut kesukaan
1 biji limau nipis ~ diperah & ambil jusnya
4 sdm minyak untuk menumis
6 ulas bawang merah ~ di hiris (boleh diganti bawang bombay)
2 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan ~ dipotong2 3 inci panjang
2 cawan air
Garam secukupnya
1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah) 
Minyak masak untuk menggoreng ayam secukupnya

Bahan dikisar halus
14 biji cili padi merah (boleh dikurangkan kalau tak kuat pedas)
7 biji cili merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
2 biji tomato ranum, ukuran sedang

Cara menyediakan
1. Bersihkan ayam & tos. Perap sebentar dengan setengah dari jus limau nipis lebih kurang 5 minit. Kemudian cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak & gorengkan sebentar ayam (tanpa dilumur garam/kunyit) setengah masak. (resepi asal tak goreng tp MaDiHaA goreng kejap agak2 ayam nampak masak sikit je.. tp tak nampak garing). Angkat & ketepikan sebentar. Dalam kuali yang lain, tumis bahan kisar hingga wangi & garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah/bombay, serai, daun limau purut, pandan dan gaul rata.  Masukkan ayam dan air dan kacau rata.
4. Masukkan jus limau nipis lebihan tadi, garam & gula secukup rasa, tutup sambil sesekali dikacau.
5. Biarkan hingga rempah meresap dan airnya kering sedikit.
6. Siap sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment