Monday, May 14, 2012

Biskut Coklat Zebra Daisy


Biskut Coklat Zebra Daisy
Saiz Hidangan 42-50 Keping
Masa penyediaan: 1 Jam

Bahan-bahan
A.
60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur:
B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1 minit.
- Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya dengan badam biji,  kemudian di bentuk menjadi bujur.
- bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu  160c
- Biarkan biskut tadi sejuk.
- Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
- Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
-Siap untuk di hidang

No comments:

Post a Comment