Monday, May 14, 2012

KEK LAPIS KANDOS CHEESE,KEK LAPIS NEOPOLITAN ,MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

my fav RSR recipes always,thank you RSR for sharing

Resipi ini adalah sumbangan Sdri Deeyana dari Sarawak. Kek Lapis ni mmg sedap, no doubt abt it. Saya ambil kesempatan utk mencubanya pada musim Lebaran nie. Oleh kerana di Spore ni tak terdapat cokelat jenama KANDOS, saya tukarkan kpd cokelat jenama HERSHEY's. (Thanks Deeyana, kalau ada resipi yg best2 bleh lah share yer!)


KEK LAPIS KANDOS CHEESEBahan-bahannya :20 biji kuning telur
6 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
10 oz gula halus
16 oz mentega
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovalet
2 paket serbuk santan segera
6 paket choc. Kandos (36 keping - dipatah dua)- saya gunakan 6 keping chocolate HERSHEY
2 paket cheddar cheese diparut (saya gunakan 1 kotak)Sedikit warna hijau

Peraturan :Pukul mentega dan susu hingga kembang.
Pukul telur, gula, ovalet, tepung dan santan hingga pekat.
Satukan adunan dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg satu lagi di bubuh pewarna hijau.
Bakar warna asal selapis dan taburkan cheese parut. Bila masak lapiskan pula dengan warna hijau dan susun secara rawak(rambang) coklat yang telah dipatahkan 4 dan bakar masak. Lapiskan semula dengan warna asal dan tabur cheese serta bakar masak. Bakar lagi warna hijau dengan ditaburi coklat. Ulang hingga habis.

(Psst... kalau sesaper yg sedang menjaga berat badan tu, makan kek ni ingat2 ye sbb kek ni lemak dgn keju, cokelat dan santan)



Kek Lapis ini pula adalah olahan saya sendiri sbb nak habiskan tepung2 ice-cream yg sedia ada kat rumah nie. Kalau nak cuba, saya sertakan resipinya di sini.

KEK LAPIS NEOPOLITAN
Bahan-bahannya:
24 biji kuning telur (saiz besar)
6 biji putih telur
14 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tpg Hong Kong }
1 sudu teh baking powder } ayak bersama
2 oz tepung ice-cream vanilla
2 oz tepung ice-cream chocolate
2 oz tepung ice-cream strawberry
1 sudu makan serbuk cocoa
1 sudu teh chocolate emulco (optional)
1 sudu teh strawberry emulco/essence
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
secukup hazelnut (cincang & dipanggang sebentar) -optional

Peraturannya:Mentega & vanilla dipukul sebentar hingga kembang. Ketepikan.
Pukul telur (kuning & putih), gula, tepung HK, baking powder & ovalette hingga kembang dan pekat (kira2 10 minit). Satukan kedua-dua bahan ini dan kacau rata lalu dibahagi kpd 3 bahagian.
Satu bahagian dicampur dengan tepung ice-cream vanilla. Satu lagi dibubuh tepung ice-cream cokelat, serbuk koko dan chocolate emulco dan yg ketiga dicampurkan dgn tpg ice-cream strawberry dan esen strawberry/strawberry emulco. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai. Setiap lapisan plain atau cokelat ditabur dengan hazelnut cincang.



Resepi Chocolate Marble Cheese Cake ini yg berasal dari Puan Rohayah, saya dapatkan dari blog Sdri Diana di http://resipidiana.blogspot.com. Kek ini mmg sedap sbb tu lah saya buat kali kedua dan utk kali kedua ni pula, saya cuba bubuhkan potongan cokelat MARS di bahagian kejunya. OK juga lah rasanya, cuma terdapat sedikit 'cavity' di bahagian keju yg putih tu kerana kandungan gula dlm cokelat MARS yg cair bila kek dibakar. Anyway, kek ni tetap enak.

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Rohayah

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.
Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan
bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.
Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment