Monday, May 14, 2012

Resepi Ayam Golek Percik


Resepi Ayam Golek Percik
Bahan A:
1 ekor ayam
3 batang serai
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Sedikit gula dan garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan B:
500 ml santan pekat
 1 sudu besar gula
200 ml minyak masak
Sedikit garam

Bahan Sos:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
6 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
2 batang serai

Cara menyediakan:

1. Kisar bahan A dan perapkan dengan ayam selama satu jam. Kemudian panggang atau bakar di dalam ketuhar 150 celsius selama 20 - 25 minit.
2. Sementara itu, kisarkan kesemua bahan sos. Kemudian tumiskan sehingga naik bau.
3. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan santan dan gaulkan sebati. Masak sosnya sehingga pekat.
4. Setelah ayam masak, tuangkan keatas ayam yang telah dipanggan. Siap untuk di hidangkan.....

No comments:

Post a Comment