Monday, May 14, 2012

Resepi Kek Tiramisu


Resepi Kek Tiramisu
Oleh : Chef Riz       

Bahan-bahan:
        * 3 BijiTelur
        * 6 sudu the gula
        * 10 gram serbuk gelatin
        * 40ml air panas
        * 175 gram Keju Mascarpone
        * 175 gram Krim Keju
        * 250 ml Krim Memasak
        * Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
        * Jejari biskut Span
        * Serbuk Koko
        * Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla

      Cara-cara memasak:
    * Asingkan kuning telur dan putih telur

      Adunan 1:
    * Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
    * Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

      Adunan 2:
    * Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

      Adunan 3:
    * Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

    * Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
    * Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
    * Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
    * Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
    * Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
    * Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
    * Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
    * Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
    * Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
    * Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

No comments:

Post a Comment