Monday, August 6, 2012

BISKUT SUJI CRYSTAL


BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning

Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
 
Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli.
Susun doh ke dalam dulang pembakar
Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
Biarkan sejuk setelah masak.
Kemudia salutkan dgn gula caster

  Biskut ni sedap!!! TQ kak Wan

@thank you for sharing,,,

No comments:

Post a Comment