Monday, August 6, 2012

KEK LAPIS IDOLA


KEK LAPIS IDOLA
(sumber : Internet)

 
Bahan-Bahan:500 gm mentega
150 gm gula halus/kaster
10 telur (saiz besar)
300 gm susu pekat
150 ml santan pekat (kotak)
200 gm sekaya
200 gm horlicks
280 gm tepung Hongkong
100 gm Milo
350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’
sedikit pewarna kuning/merah



CARA:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.

2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.

3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.

4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata.

5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
Satu bahagian dicampurkan milo & coklat.
Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.

6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”.

7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4.

8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.

9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli).

10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.


Nota :
Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.

@thank you RSR for sharing

No comments:

Post a Comment