Monday, August 6, 2012

Kek Lapis Mami Jarum / Horlicks


Kek Lapis Mami Jarum
Bahan-bahan:
12 biji telur
16 oz mentega
16 oz gula halus
16 oz tepung gandum
200 gm horlick
1 tin kaya (300 gm)
1 tin susu manis (397 gm)
1 kotak kecil santan harmuni (200 ml)
1 botol besar peanut butter (340 gm)
300 gm coklat masakan
1 sudu makan esen vanilla
pewarna hijau, merah, kuning

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali cooking chocolate ke dalam mixing bowl dan pukul hingga sebati. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

1 bahagian (sukatannya dilebihkan sedikit dari yg 2 bahagian yg lain) dibahagikan selanjutnya kepada 4 bahagian kecil dan diwarnakan dgn hijau, merah, kuning dan plain(warna asal). Masukkan adunan kek ini ke dalam botol sos plastik atau 4 piping bag berasingan (atau anda boleh gunakan kertas tracing yg dibentuk seperti corong piping bag)

2 bahagian lagi dicampurkan dengan cooking chocolate yang dicairkan.

Kukus atau bakar 1 bahagian adunan chocolate selapis demi selapis hingga habis. Kemudian, picitkan adunan yg berwarna tadi menyerong, berselang warna dan dibakar. Ulang proses ini hingga adunan selesai dengan picitan itu dibuat samada dgn jalur yang sama atau menyilang. Setelah itu, bakar pula lagi 1 bahagian adunan chocolate selapis-selapis hingga selesai.


Kek Lapis HorlicksBahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster
240 gm tepung gandum
200 gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, gaul rata. Masuk tepung, horlicks dan susu serta gaul sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai.


@RSR thank you for sharing

2 comments:

  1. Salam
    telur tu guna cuma kuning je atau whole telor 12 biji?

    ReplyDelete
  2. The whole telor 12 biji melainkan ditulis ..putih telur 4 biji dan kuning 12 biji

    ReplyDelete